Thursday, August 14, 2008

Open Source.

Assalamualaikum.

Hurmm...ari nih nk bicara sket lar pasal teknologi open source nih.Open Source??? Open Source atau dalam bahasa melayu digelar sebagai sumber terbuka.Aku nih masih lagi dalam sesi "industrial training"setelah gigih mengharungi selama lebih kurang dua bulan lebih.Jadi apa kaitannya sesi practical aku nih ngan open source?Sebenarnya tempat aku practical nih sedang dalam transformasi teknologi daripada teknologi konvensional kepada teknologi open source.Kalau dulu semua urusan-urusan automasi urusan pentadbiran pejabat menggunakan teknologi konvensional seperti Microsoft Windows,Microsoft Office dan sebagainya tetapi kini atas kesedaran yang tertentu telah berubah kepada teknologi open source seperti Linux(Ubuntu & Xandros) dan juga open office suite.Kenapa perlu ada perubahan sedemikian.Menurut pengarah jabatan tempat aku praktikal tuh penjimatan terhadap "license cost"untuk produk-produk windows ini telah dapat menjimatkan perbelanjaan organisasi sebanyak RM500,000 lebih menghampiri RM600,000 setahun.Wowww....satu jumlah perbelanjaan yang agak besar.Jadi trasnformasi teknologi ini dilihat satu kejayaan yang agak cemerlang.Di samping seperti mana yang diketahui bagi mereka yang mengkaji dalam bidang IT nih open source bakal menjadi "future technolgy"dalam dunia IT nih.Namun sejauh mana efisyen teknologi open source ini hanya akan dapat kita nilai setelah teknologi ini digunakan dan diterokai secara menyeluruh.Pakar-pakar IT berpendapat sekiranya perkara ini berjaya dan dapat dilaksanakan syarikat-syarikat dapat menjimatkan perbelanjaan syarikat di tahap yang maksimum di samping menambah tahap kecekapan operasi yang melibatkan teknologi tersebut.Namun apa pun generasi kita perlu didedahkan dengan teknologi-teknologi sebegini agar kita tidak ketinggalan dari segenap aspek dan mengelakkan kita terlalu bergantung kepada teknlogi konvensional yang memerlukan perbelanjaan sangat tinggi.Sekian salam kasih untuk semua.

K.e.L.a.H.i.R.A.n!!!

Lagu nih sedap ar untuk dijadikan santapan jiwa......[Sayangi Ibu Anda!!!]

k.E.L.a.H.I.R.A.n

AN NUR MENYULUH SELURUH ALAM SEMESTA
TERANG YANG AMAT MENYILAUKAN PANCAINDERA
HANYA IBUNDA SENTIASA MEMUJA
IKHLAS DARI LUBUK HATIKU PUSPAWARNA
BERTAHUN DAH BERLALU TINGGALKAN RASA PILU
AMAT SUKAR DISEMBUH LAGI MENJADIKAN SAYUP
KELAHIRAN BAGIKU ISTIMEWA KU BERSYUKUR PADAMU BONDA
KEKUSUTAN AKAN KU HADAPI KERNA BERJAUHAN DARIMU TELAH SEKIAN LAMA
BERTAHUN DAH BERLALU TINGGALKAN RASA PILU
AMAT SUKAR DI SEMBUH LAGI MENJADIKAN O SAYUP HOOO...
KELAHIRAN BAGIKU ISTIMEWA KU BERSYUKUR PADA MU BONDA
KEKUSUTAN AKAN KU HADAPI KERNA BERJAUHAN DARIMU TELAH SEKIAN LAMA
KELAHIRAN BAGIKU ISTIMEWA KU BERSYUKUR PADA MU BONDA
KEKUSUTAN AKAN KU HADAPI KERNA BERJAUHAN DARIMU TELAH SEKIAN LAMA
KERNA BERJAUHAN DARIMU TELAH SEKIAN LAMA
PILUUU...UHUUUU....OOO..HUU..OOOOO






Wednesday, August 13, 2008

Sains Maklumat......

Assalamualaikum........[Salam Perjuangan Pembuka Bicara]
Apa khabar semua rakan-rakan mahasiswa & mahasiswi sekalian.Dalam menuju kepesatan dalam pembangunan sains maklumat kita sebagai generasi abad ke-20 ini sememangnya tidak lari dari kepesatan pembangunan teknologi tersebut.Sebagai contoh dahulu semestinya kita tidak terdedah dengan penulisan artikel-artikel yang bercorak ilmiah mahupun yang berbentuk perkongsian peribadi dalam satu platform yang dinamakan sebagai "blog".Secara sedar mahupun tidak sedikit sebanyak transformasi teknologi yang berlaku seiiring dengan pembangunan dunia global kini memberi impak yang saya kira cukup sihat kepada rakyat Malaysia khususnya dalam tahap kecelikan dalam ilmu sains maklumat ini.Namun jika ingin dinilai secara keseluruhan impaknya terhadap generasi kita khususnya kita sebenarnya masih jauh ketinggalan dari pelbagai aspek.Mungkin di sini pembaca tertanya-tanya mengapa saya mengutarakan isu ini sebagai suatu konteks yang sangat penting untuk kita perbincangkan bersama.Hakikatnya ilmu sains maklumat ini masih lagi belum diterokai secara keseluruhan demi manfaat dunia sejagat.Jika ingin dinilai sejauh mana prestasi ilmu sains maklumat ini dalam mencorakkan gaya hidup baru generasi kini dapat kita mengambil contoh di mana pilihanraya umum Mac 2008 yang lalu di mana keberkesanan medium-medium sains maklumat ini digunakan sebagai "strategic tools"dalam memenangkan perti-parti yang bertanding.Namun apa yang pasti sesetengah pihak yang masih lagi menggunakan medium-medium yang konvensional sudah mula menampakkan titik perubahan untuk meneroka kehebatan di sebalik ilmu sains maklumat.Setakat ini post saya untuk kali ini.Saya tinggalkan isu yang saya utarakan ini untuk difikir-fikirkan secara bersama.Salam kasih untuk semua.