Assalamualaikum.
Hurmm...ari nih nk bicara sket lar pasal teknologi open source nih.Open Source??? Open Source atau dalam bahasa melayu digelar sebagai sumber terbuka.Aku nih masih lagi dalam sesi "industrial training"setelah gigih mengharungi selama lebih kurang dua bulan lebih.Jadi apa kaitannya sesi practical aku nih ngan open source?Sebenarnya tempat aku practical nih sedang dalam transformasi teknologi daripada teknologi konvensional kepada teknologi open source.Kalau dulu semua urusan-urusan automasi urusan pentadbiran pejabat menggunakan teknologi konvensional seperti Microsoft Windows,Microsoft Office dan sebagainya tetapi kini atas kesedaran yang tertentu telah berubah kepada teknologi open source seperti Linux(Ubuntu & Xandros) dan juga open office suite.Kenapa perlu ada perubahan sedemikian.Menurut pengarah jabatan tempat aku praktikal tuh penjimatan terhadap "license cost"untuk produk-produk windows ini telah dapat menjimatkan perbelanjaan organisasi sebanyak RM500,000 lebih menghampiri RM600,000 setahun.Wowww....satu jumlah perbelanjaan yang agak besar.Jadi trasnformasi teknologi ini dilihat satu kejayaan yang agak cemerlang.Di samping seperti mana yang diketahui bagi mereka yang mengkaji dalam bidang IT nih open source bakal menjadi "future technolgy"dalam dunia IT nih.Namun sejauh mana efisyen teknologi open source ini hanya akan dapat kita nilai setelah teknologi ini digunakan dan diterokai secara menyeluruh.Pakar-pakar IT berpendapat sekiranya perkara ini berjaya dan dapat dilaksanakan syarikat-syarikat dapat menjimatkan perbelanjaan syarikat di tahap yang maksimum di samping menambah tahap kecekapan operasi yang melibatkan teknologi tersebut.Namun apa pun generasi kita perlu didedahkan dengan teknologi-teknologi sebegini agar kita tidak ketinggalan dari segenap aspek dan mengelakkan kita terlalu bergantung kepada teknlogi konvensional yang memerlukan perbelanjaan sangat tinggi.Sekian salam kasih untuk semua.